Indo Artileri

Kembalilah Jaya Indonesiaku

Kami Membutuhkanmu Soekarno

Kembalilah

TUDM Masih Nilai Tawaran Pesawat Tempur Sweden



Saab Gripen NG (photo : Saab)

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih menilai tawaran syarikat penerbangan Sweden, SAAB berhubung pembelian 16 buah pesawat pejuang Gripen NG sebagai aset tambahan kepada unit pertahanan udara negara.

Timbalan Presiden SAAB, Thomas Lindén berkata, perkembangan kerjasama masih di peringkat awal dan TUDM sedang menilai tawaran bersama-sama DRB-Hicom, selaku rakan kongsi tempatan.



“Dengan perkembangan semasa Malaysia berhubung pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), kami berharap urusan jual beli antara SAAB dengan TUDM dapat direalisasikan melalui peruntukan dalam aset ketenteraan bagi Kementerian Pertahanan.

“Pesawat pejuang Gripen NG yang sebelum ini pernah mengambil bahagian dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) telah menerima maklum balas positif dan mewujudkan minat di semua peringkat,” katanya kepada selepas menghadiri seminar Sistem Pertempuran Udara di sini hari ini.

Seminar yang berlangsung selama dua jam tersebut disampaikan Ketua Jurutera dan Pengurus Produk SAAB, Knut Övrebö di Dewan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu turut dihadiri Naib Canselor UPNM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Gripen NG dilengkapi sistem pertempuran dan pelancar peluru yang canggih dan boleh ditempah mengikut spesifikasi dikehendaki serta merupakan antara pesawat terawal yang memberi fokus kepada pertempuran di medan udara.

Sementara itu, Duta Sweden ke Malaysia, Bengt Carlsson berkata, syarikat Sweden telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan berharap kerjasama dengan negara ini dapat ditingkatkan dalam bidang pertahanan pula pada masa akan datang.

(Utusan)
0 Komentar untuk "TUDM Masih Nilai Tawaran Pesawat Tempur Sweden"

 
Copyright © 2014 Indo Artileri - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info